Tuesday, April 5, 2011

UEFA First Leg (6th April 2011, 2.45 a.m.)


Perlawanan suku akhir yang pertama selamat dipertontonkan pagi tadi. Perlawanan yang tidak disangka-sangka keputusannya. Malahan, saya dan teman serumah begitu teruja untuk melihat sebuah persembahan menarik dari pelawanan yang disiarkan secara HD iaitu Real Madrid dan Tottenham Hotspurs.







Semangat berkobar-kobar untuk mengetahui result perlawanan antara Real dan Spurs mengakibatkan saya tertidur awal dan bangun seawal 1.++ pagi. Perlawanan PES antara saya dan member serumah agak terganggu sebab perlawanan sudah dimulakan di Estadio Santiago Barnabeu. Ronaldo diturunkan walaupun desas desus mengatakan dia injured dan mungkin terpaksa diambil risiko untuk diturunkan. Malah pemain seperti Bale dan Marcelo turut ada walaupun tidak cergas sepenuhnya. Paling tidak boleh blahh, member rumah selalu je mengutuk pemain loan dari Man. City, Emmauel Adebayor. Ini berikutan pemain tersebut bercakap banyak seakan dia pemain full time kat Real.


Perlawanan dimulakan dan seawal minit sahaja Real sudah mampu menguasai perlawanan malahan pada pemerhatian, Luka Modric paling banyak berusaha untuk Spurs dan Spurs seakan banyak bergantung kepada Bale. Real pula memanfaatkan sepenuhnya tempat sendiri dan space yang banyak terbuka sebab Spurs main 4-5-1. Marcelo yang kerap naik juga mampu merembat kencang untuk shots on x berapa target. Nasib malang buat Spur bermula pada minit ke-11 bila Crouch menerima kad kuning kedua. Dapat dilihat morale Spurs sedikit menurun malah lebih banyak passing floating kepada Bale dan Van Der Vart. Saya agak tidak ebrpuas hati dengna persembahan Van Der Vaart. Malas betul.




Gol dari Adebayor, free header 2 kali, meletakkan Real di depan. Di Maria pula mencuba nasib dengan rembatan cantik yang melepasi Gomez. Ronaldo yang tidak berputus asa selain asyik berlakon untuk mendapat penalti dan free kick turut menyumbang setelah mendapat floating pasiing dari Ozil atau Marcelo kalau tidak silap saya.


Overall, persembahan dan kualiti permainan, Modric patut diberi kredit paling perform malam tu walaupun tidak pernah menunjukkan perasaan tidak puas hati. Buat Adebayor, sedar-sedar la diri tu.






Satu lagi perlawanan yang berlansung di Stadio Giuseppe Meazza - Milan, menyaksikan kekalahan penyandang juara Inter Milan kepada Schalke 04. 5-2. Malah go-gol yang cantik turut disumbang oleh salah seorang bekas pemain Real, Raul Gonzales.







No comments:

Post a Comment