Tuesday, March 29, 2011

Budaya Vs Agama; Culture vs. Relegion

Membuka pekung di dada sudah menjadi kebiasaan bagi diri kita dan yang lain-lain. Pembudayaanlah katakan. Menjadi isu dalam topik kali budaya vs agama. Dalam pemerhatian dan pemahaman aku, budaya kita melebihi ajaran agama itu sendiri. Di tempat kita ini, terdapat banyak budaya yang datang dari pelbagai kaum.

Mestinya ramai yang tidak bersetuju tapi apakan daya. Itulah realiti yang harus kita hadapi. Sekadar beromong kosong, itulah yang akan dilontar kepada saya. Cakap tidak serupa bikin lagilah banyak saya terima. Keengganan dan keegoan masing-masing menguasai diri walaupun penafian dilakukan.


Contoh budaya yang kita boleh nampak. Sambutan Hari Raya pada pemahaman saya disambut bagi memperingati orang-orang yang tidak berkemampuan yang menahan lapar dahaga di samping mampu menjana faedah yang baik bagi yang puasa penuh. Tetapi bila di campur-baulkan dengan budaya, Hari Raya menjadi suatu medium untuk bersuka ria, makan tak terlayan nafsu, kutip-kutip duit raya, berkonvoi-konvoi sampai eksiden. Di manakah kesedaran.


Bukankah kesederhanaan itu lebih baik. Tapi itu terjadi juga dengan kaum yang lain yang juga mempunyai budaya masing-masing. Biar kita ambil Cina pula, Cina menjadikan merah sebagai warna posperity kalau tidak silap saya. Bukankah itu budaya?

No comments:

Post a Comment